Perodua
Nur Hana
Perodua · Tampin
Hubungi Hana

Perodua Loan Calculator —
Myvi, Axia & Bezza.

Pilih car model, masukkan deposit dan tempoh — lihat estimated monthly payment dalam masa beberapa saat. Car loan interest rate 2026 disertakan. Tidak perlu buat janji temu atau isi borang panjang.

Kalkulator Interaktif

Kalkulator Loan Perodua

Pilih model dan varian, tambah aksesori GearUp, laraskan deposit dan tempoh — ansuran dikira secara langsung.

Kira Ansuran Bulanan Anda

Pilih model, tambah GearUp, masukkan deposit dan tempoh pinjaman.

% Deposit: 0.0%
RM 0
RM
RM 0
2.50%
%
2.5%4.0%
7 Tahun
1 Thn9 Thn
Anggaran Ansuran Bulanan Anda
Varian
Harga OTR
Deposit
Jumlah Pinjaman
Anggaran Ansuran Bulanan
Dapatkan Sebutan Muktamad di WhatsApp

* Pengiraan adalah anggaran menggunakan kadar rata (flat rate). Ansuran sebenar bergantung kepada kelulusan dan kadar semasa bank.
** Harga OTR dan GearUp adalah anggaran — hubungi Nur Hana untuk harga terkini.
*** Harga GearUp adalah untuk Semenanjung Malaysia (WM).

Asas Perodua Loan

Perodua Loan — Macam Mana Ia Berfungsi

Perodua loan bukan pinjaman peribadi. Ia hire purchase — bank beli kereta, anda bayar balik secara ansuran, dan kereta jadi cagaran sehingga selesai.

Deposit. Standard 10% daripada harga OTR. Bezza 1.0G pada RM34,580 bermakna deposit RM3,458. Boleh kurang, boleh lebih — deposit tinggi turunkan ansuran dan naikkan peluang lulus.

Tempoh. Maksimum 9 tahun. Lagi panjang tempoh, lagi rendah ansuran bulanan — tapi lagi banyak faedah keseluruhan yang anda bayar. Kira dulu, baru komit.

Kadar faedah. Kadar rata bermula 2.5% p.a. untuk profil terbaik. Kebanyakan pemohon dapat antara 2.7%–3.5%, bergantung pada bank dan rekod kredit.

Kelayakan. Bank tengok tiga benda — rekod CCRIS yang bersih, DSR di bawah 60–70%, dan tempoh kerja minimum 6 bulan. Kalau salah satu lemah, deposit lebih tinggi kadang boleh tolong.

Satu perkara yang ramai tersilap: kalau DSR anda dah tinggi sebab komitmen lain, tambah deposit tak selalu selamatkan permohonan. Kadang lebih baik selesaikan hutang sedia ada dulu, baru mohon Perodua loan.

Perbandingan Model

Estimated Monthly Payment — Semua 7 Car Model Perodua

Dikira dengan deposit 10%, car loan interest rate 2.5% p.a. Harga OTR anggaran 2026. Guna sebagai car loan calculator permulaan — angka sebenar bergantung kepada kelulusan bank.

ModelHarga OTR (dari)Deposit 10%Pinjaman7 Tahun / bln9 Tahun / blnBeza
Axia
City Car
RM 22,000RM 2,200RM 19,800RM 277RM 225+RM 52/bln
Bezza
Sedan
RM 34,580RM 3,458RM 31,122RM 435RM 353+RM 82/bln
Myvi
Hatchback
RM 46,500RM 4,650RM 41,850RM 585RM 475+RM 110/bln
Ativa
SUV Kompak
RM 62,500RM 6,250RM 56,250RM 787RM 638+RM 149/bln
Alza
MPV 7-tempat duduk
RM 62,500RM 6,250RM 56,250RM 787RM 638+RM 149/bln
Aruz
SUV 7-tempat duduk
RM 72,900RM 7,290RM 65,610RM 918RM 744+RM 174/bln
Traz
SUV
RM 76,100RM 7,610RM 68,490RM 958RM 777+RM 181/bln

* Anggaran sahaja. Kadar sebenar bergantung kepada kelulusan bank. Gunakan kalkulator di atas untuk angka yang lebih tepat.

Cara Pengiraan

Formula Car Loan Yang Digunakan Bank

Car loan di Malaysia menggunakan kadar rata (flat rate) — bukan kadar berubah. Formula ini sama untuk semua model, sama ada Axia loan calculator, Bezza loan calculator, atau Myvi calculator.

Ansuran Bulanan = Jumlah Pinjaman × (1 + Kadar × Tempoh) ÷ (Tempoh × 12)

Contoh Pengiraan

  • ModelBezza 1.0G
  • Harga OTRRM 34,580
  • Deposit 10%RM 3,458
  • Jumlah PinjamanRM 31,122
  • Kadar Faedah2.5% p.a.
  • Tempoh9 tahun
Ansuran BulananRM 353

Yang Perlu Difahami

  • Kadar rata bermaksud faedah dikira atas jumlah asal, bukan baki berkurangan.
  • EIR (Kadar Berkesan) lebih tinggi daripada kadar rata — biasanya 4.5%–6% berbanding kadar rata 2.5%.
  • Deposit lebih tinggi mengurangkan jumlah pinjaman dan faedah keseluruhan.
  • Bayar lebih awal (early settlement) boleh jimat sebahagian faedah — semak terma bank.
Nisbah Khidmat Hutang

Faham DSR Anda Sebelum Mohon

DSR (Debt Service Ratio) adalah nisbah jumlah komitmen hutang bulanan berbanding gaji bersih anda. Bank gunakan ini untuk nilai risiko pinjaman.

Formula DSR
DSR = (Jumlah Komitmen Bulanan ÷ Gaji Bersih) × 100%
Had Bank
60–70%
daripada gaji bersih

Senario Mengikut Tahap Pendapatan

RM 2,500
Gaji Bersih / Bulan
Had DSR 65%RM 1,625
PTPTN- RM 200
Ansuran Kereta Maksimum
RM 1,425/bln
Cadangan: Axia atau Bezza 1.0G
RM 3,500
Gaji Bersih / Bulan
Had DSR 65%RM 2,275
PTPTN- RM 200
Kad kredit (est.)- RM 300
Ansuran Kereta Maksimum
RM 1,775/bln
Cadangan: Bezza 1.3 atau Myvi 1.3G
RM 4,500
Gaji Bersih / Bulan
Had DSR 65%RM 2,925
PTPTN- RM 300
Kad kredit (est.)- RM 400
Ansuran Kereta Maksimum
RM 2,225/bln
Cadangan: Myvi 1.5H atau Ativa X

Apa Yang Dikira Dalam DSR

Ansuran kereta (yang sedang dimohon)
Pinjaman peribadi atau pembiayaan lain
Ansuran rumah / gadai janji
3–5% daripada had kredit kad
PTPTN (walaupun dalam penangguhan)
Hire purchase aktif lain
Faktor Kelulusan

Apa Yang Bank Semak

Kelulusan bukan sekadar gaji. Enam perkara ini menentukan sama ada pinjaman anda lulus, dan pada kadar berapa.

01

Rekod CCRIS / CTOS

Tiada tunggakan aktif adalah faktor utama. Bayaran lewat yang sudah selesai masih diambil kira tetapi kurang memberi kesan berbanding tunggakan semasa.

02

Tempoh Perkhidmatan

Minimum 6 bulan di majikan semasa. Pekerja tetap lebih mudah lulus berbanding kontrak. Kalau baru kerja, cuba tunggu 3–6 bulan lagi sebelum mohon.

03

Jenis & Tahap Pendapatan

Pendapatan tetap (gaji) lebih mudah diproses. Bekerja sendiri perlu tunjukkan penyata bank 6 bulan. DSR mesti di bawah 60–70% daripada gaji bersih.

04

Had Kad Kredit Tidak Guna

Bank kira 3–5% had kad kredit sebagai komitmen walaupun baki sifar. Had RM 10,000 = RM 300–500 komitmen dikira. Tutup kad yang tidak aktif sebelum mohon.

05

Peratusan Deposit

Deposit lebih tinggi mengurangkan risiko bank dan meningkatkan peluang lulus. Deposit 10–20% adalah standard. Untuk profil berisiko, deposit 20–30% boleh bantu.

06

Umur Pemohon

Tempoh pinjaman + umur semasa tidak boleh melebihi 70 tahun. Pemohon berumur 55 tahun ke atas mungkin terhad kepada tempoh pinjaman yang lebih pendek.

Analisis Tempoh

7 Tahun atau 9 Tahun?

Pilihan tempoh pinjaman memberi kesan besar kepada ansuran bulanan dan jumlah faedah keseluruhan. Contoh berikut menggunakan Myvi 1.3G.

7 Tahun
RM 585
/ bulan × 84 bulan
Jumlah FaedahRM 7,290
Jumlah BayaranRM 49,140
9 Tahun
RM 475
/ bulan × 108 bulan
Jumlah FaedahRM 9,450
Jumlah BayaranRM 51,300

Rumusan: Tempoh 7 tahun menjimatkan RM 2,160 dalam faedah keseluruhan berbanding 9 tahun, tetapi ansuran bulanan lebih tinggi sebanyak RM 110. Pilih 9 tahun jika keutamaan adalah aliran tunai bulanan. Pilih 7 tahun jika anda mampu dan mahu jimat faedah.

Panel Bank

Bank Rakan Kongsi Hana

Hana hantar permohonan ke bank yang paling sesuai dengan profil anda — bukan sekadar bank pertama yang tersenarai.

BankKadar Faedah (p.a.)Jenis Pembiayaan
Maybank2.6% – 3.5%Konvensional & Islam
Bank Islam2.7% – 3.6%Islam (AITAB)
CIMB2.8% – 3.7%Konvensional & Islam
RHB Bank2.7% – 3.6%Konvensional & Islam
Hong Leong Bank2.6% – 3.5%Konvensional
BSN2.5% – 3.4%Konvensional & Islam
Affin Bank2.8% – 3.8%Konvensional & Islam

* Kadar adalah anggaran semasa. Kadar muktamad bergantung kepada profil peminjam dan polisi semasa bank.

Soalan Lazim

Ada Kekeliruan? Ini Jawapannya.

Apa itu Perodua loan dan macam mana ia berbeza daripada pinjaman peribadi?

Perodua loan ialah pembiayaan hire purchase — bank beli kereta bagi pihak anda, dan anda bayar balik secara ansuran bulanan sehingga 9 tahun. Kereta jadi cagaran sampai pinjaman selesai. Ia berbeza daripada pinjaman peribadi kerana kadarnya lebih rendah (2.5%–3.5% berbanding 6% ke atas) dan terikat pada kereta itu sendiri.

Berapa deposit minimum untuk Perodua loan?

Deposit standard ialah 10% daripada harga OTR — contohnya RM3,458 untuk Bezza 1.0G yang berharga RM34,580. Pembiayaan sehingga 100% tanpa deposit ada untuk profil tertentu, tetapi deposit lebih tinggi menurunkan ansuran bulanan dan meningkatkan peluang lulus.

Adakah PTPTN dikira dalam DSR walaupun ditangguhkan?

Ya. Bank tetap akan mengambil kira bayaran PTPTN semasa mengira DSR anda, walaupun anda sedang dalam tempoh penangguhan. Ini kerana penangguhan adalah sementara dan bank menilai komitmen jangka panjang.

Berapa lama biasanya kelulusan pinjaman kereta?

Biasanya 1–3 hari bekerja selepas dokumen lengkap dihantar ke bank. Ada kes yang lebih cepat dalam masa beberapa jam jika profil bersih dan dokumen lengkap. Hana akan maklumkan status segera sebaik terima respon bank.

Boleh saya mohon pinjaman tanpa deposit?

Boleh, tertakluk kepada kelulusan bank. Pembiayaan sehingga 100% (tanpa deposit) tersedia untuk profil tertentu — biasanya pekerja tetap dengan rekod CCRIS bersih dan DSR rendah. Risiko ditolak lebih tinggi tanpa deposit.

Apa dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman?

Salinan IC (depan dan belakang), slip gaji 3 bulan terkini, penyata bank 3 bulan terkini, dan penyata KWSP (jika ada). Pekerja sendiri perlu tambah borang B atau BE dan penyata bank 6 bulan. Hana akan semak dan maklumkan dokumen tambahan jika perlu.

Model mana yang sesuai untuk gaji bersih RM 2,500–3,000?

Axia atau Bezza adalah pilihan paling sesuai. Dengan gaji RM 2,500 dan PTPTN RM 200, baki komitmen maksimum adalah lebih kurang RM 1,425/bulan. Bezza 1.0G (ansuran ≈ RM 353) memberi lebih banyak ruang berbanding Myvi.

Adakah kadar faedah 2.5% dijamin untuk semua pemohon?

Tidak. Kadar 2.5% p.a. adalah kadar terendah yang biasanya ditawarkan kepada profil terbaik — rekod bersih, pendapatan stabil, DSR rendah. Kebanyakan pemohon mendapat kadar antara 2.7%–3.5% bergantung pada bank dan profil kredit.

Dah Kira? Sekarang Dapatkan
Sebutan Muktamad.

Bersedia untuk buat keputusan? Perodua loan calculator bagi anggaran. Hana bagi angka sebenar — termasuk promosi semasa, deposit fleksibel, dan car loan interest rate terbaik daripada panel bank.

WhatsApp Hana Sekarang